Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meta didenda AS$275 juta atas pelanggaran data

    WASHINGTON, 29 NOV – Pengawal selia privasi data Ireland mendenda Meta kira-kira AS$275 juta kerana gagal melindungi data peribadi dalam kejadian pelanggaran data pada 2019, lapor UPI.

    Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland mengenakan denda dan langkah pembetulan lain pada Isnin bagi pelanggaran yang menjejaskan data peribadi Pesuruhjaya Keadilan Kesatuan Eropah, Didier Reynders; Perdana Menteri Luxembourg, Xavier Bettel dan berpuluh-puluh pegawai EU yang lain.

    Data yang bocor itu termasuk 533 juta rekod yang menunjukkan ID Facebook, tarikh lahir, nombor telefon dan e-mel, yang disiarkan dalam forum awam. Daripada pengguna yang termasuk dalam senarai, kira-kira 32 juta berada di Amerika Syarikat dan kira-kira 11 juta lagi di Britain. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda