Thursday, July 4, 2024
30 C
Brunei

    -

    Meta dituduh langgar peraturan digital

    LONDON, 2 JULAI – Pengawal selia Kesatuan Eropah menuduh syarikat media sosial Meta Platforms kelmarin melanggar buku peraturan persaingan digital baharu blok itu dengan memaksa pengguna Facebook dan Instagram memilih antara melihat iklan atau membayar untuk tidak melihat iklan.

    Meta mula memberi pilihan kepada pengguna Eropah pada bulan November untuk membayar aplikasi Facebook dan Instagram versi tanpa iklan sebagai cara untuk mematuhi peraturan privasi data yang ketat di benua itu.

    Pengguna boleh membayar sekurang-kurangnya  AS$10.75 sebulan untuk mengelak daripada disasarkan oleh iklan berdasarkan data peribadi mereka. Syarikat gergasi teknologi itu melancarkan pilihan tersebut selepas mahkamah tertinggi Kesatuan Eropah memutuskan Meta mesti mendapatkan persetujuan pengguna terlebih dahulu sebelum memaparkan iklan.

    Suruhanjaya Eropah, cabang eksekutif EU, berkata penemuan awal siasatannya menunjukkan bahawa model pengiklanan ‘bayar atau persetujuan’ Meta melanggar Akta Pasaran Digital blok 27 negara.

    Model Meta itu tidak memberi pilihan kepada pengguna menggunakan hak mereka untuk ‘membenarkan secara bebas’ data peribadi mereka dalam Facebook, Instagram, Marketplace, WhatsApp dan Messenger digabungkan untuk menyasarkan mereka dengan iklan dalam talian, suruhanjaya berkata.

    “Langganan tanpa iklan mengikut arahan mahkamah tertinggi di Eropah dan mematuhi DMA,” kata Meta dalam satu kenyataan. “Kami berharap untuk mengadakan dialog yang lebih membina dengan Suruhanjaya Eropah untuk menyelesaikan penyiasatan ini.”

    Suruhanjaya itu telah membuka siasatannya sejurus selepas buku peraturan, juga dikenali sebagai DMA, berkuat kuasa pada Mac. Salah satu matlamat DMA adalah untuk mengekang kuasa syarikat-syarikat besar yang memanipulasi data peribadi pengguna untuk mendapat kelebihan dalam pengiklanan atas talian atau media sosial. – AP

    Pesuruhjaya Eropah, Margrethe Vestager bercakap semasa sidang media mengenai Akta Pasaran Digital di ibu pejabat EU di Brussels pada 25 Mac. Syarikat media sosial Meta Platforms dituduh langgar peraturan persaingan digital pada 1 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...