Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meta, Google meterai perjanjian pengkomputeran awan

    SAN FRANCISCO, 22 OGOS – Meta telah memeterai perjanjian pengkomputeran awan dengan Google bernilai lebih daripada AS$10 bilion dalam tempoh enam tahun, beritahu sumber yang dekat dengan urus niaga itu kepada AFP kelmarin.

    Sumber itu mengesahkan laporan daripada portal berita teknologi The Information mengenai perjanjian tersebut, yang merangkumi penggunaan pelayan pusat data, storan, rangkaian dan perkhidmatan lain Google oleh Meta.

    Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg, kini giat membelanjakan dana besar untuk kecerdasan buatan (AI), termasuk merekrut penyelidik terkemuka daripada pesaing seperti OpenAI dan Apple dengan pakej gaji lumayan, bagi membina sebuah pasukan yang mengejar apa yang beliau gelar sebagai AI superintelligence. – AFP

    Mark Zuckerberg (tengah), tiba untuk upacara perasmian Presiden ke-60 di rotunda Capitol AS di Washington, DC, Amerika Syarikat, pada 20 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda