Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meta kurangkan lagi 10,000 pekerja

    WASHINGTON, 15 MAC – Pemilik Facebook, Meta mengumumkan satu lagi siri pembuangan pekerja semalam, sebahagian daripada apa yang digelar Ketua Pegawai Eksekutif, Mark Zuckerberg sebagai ‘tahun kecekapan syarikat’ ketika sektor teknologi Amerika Syarikat (AS) terus mengurangkan jumlah pekerja.

    Dalam e-mel dihantar kepada pekerja, Zuckerberg berkata Meta akan mengurangkan 10,000 pekerja dalam tempoh beberapa bulan akan datang, menyasarkan pihak pengurusan pertengahan, dan 5,000 jawatan lain tidak akan diganti.

    Pemecatan itu menyusuli pembuangan 11,000 pekerja yang diumumkan oleh syarikat pada November lalu yang memulakan siri pembuangan pekerja di semua syarikat teknologi besar, termasuk Amazon, Google dan Microsoft, tetapi bukan Apple.

    Dengan pengumuman kedua, syarikat berpangkalan di California itu akan kehilangan kira-kira 25 peratus daripada tenaga kerjanya dalam tempoh empat bulan.

    “Ia adalah keputusan yang sukar dan tidak adanya pilihan lain. Ia akan bermakna mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sekerja berbakat yang telah menyumbang kepada kejayaan kami,” kata Zuckerberg.

    Mangsa pertama adalah jabatan sumber manusia Meta ketika syarikat menamatkan kempen pengambilan pekerja apabila syarikat teknologi besar menambah operasi untuk memenuhi permintaan tinggi semasa pandemik koronavirus. – AFP

    Gambar fail bertarikh 9 November 2022 menunjukkan papan tanda Meta di Menlo Park, California. Meta mengumumkan pengurangan 10,000 pekerja dalam tempoh beberapa bulan akan datang. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda