Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Meta lancar perkhidmatan berbayar

    SAN FRANCISCO, 20 FEB – Facebook, rangkaian sosial yang sepatutnya sentiasa kekal percuma dan rakan stabilnya Instagram melancarkan perkhidmatan langganan berbayar kelmarin, apabila model perniagaan berasaskan pengikla-nan yang telah lama mendominasi internet, mulai goyah.

    Ketua Pegawai Eksekutif Meta induk Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan kemarin pelancaran Meta Verified, perkhidmatan bermula pada AS$11.99 sebulan untuk mengesahkan akaun se-seorang, yang mengikuti langkah serupa oleh Elon Musk di Twitter.

    “Ciri baharu ini adalah mengenai meningkatkan keaslian dan keselamatan di seluruh perkhidmatan kami,” tulis Zuckerberg dalam satu kenyataan yang disiarkan ke Facebook dan Instagram.

    Meta Verified akan dilancarkan di Australia dan New Zealand minggu ini sebelum tiba ke pasaran di Amerika Syarikat dan negara lain.

    Pelanggan akan mendapat lencana yang menunjukkan akaun mereka telah disahkan dengan ID kerajaan, perlindu-ngan tambahan terhadap penyamaran, akses terus kepada sokongan pelanggan dan lebih banyak kejelasan, menurut syarikat itu.

    Gergasi media sosial itu berkata perkhidmatan itu akan ditujukan terutamanya kepada pencipta kandungan yang ingin mengembangkan kehadiran mereka di platform itu dan boleh melihat pelarasan selepas fasa ujian.

    Tidak akan ada perubahan pada akaun di Facebook dan Instagram yang sudah disahkan, kata syarikat itu, sambil menambah hanya pengguna yang berumur lebih dari 18 tahun akan dibenarkan melanggan yang mana perkhidmatan ini belum tersedia untuk perniagaan. – AFP

    Gambar ilustrasi fail menunjukkan telefon pintar dan skrin komputer yang memaparkan logo rangkaian sosial Facebook dan syarikat induknya Meta. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...