Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meta minta maaf turunkan hantaran media sosial

    KUALA LUMPUR, 6 OGOS – Gergasi teknologi Meta, hari ini, memohon maaf kerana menurunkan hantaran media sosial Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim mengenai pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.

    Permohonan maaf itu dibuat sehari selepas pejabat Anwar memanggil wakil Meta untuk mendapatkan penjelasan mengapa hantaran Facebook dan Instagram pemimpin itu mengenai kematian Haniyeh telah diturunkan.

    Meta merupakan firma induk kepada dua platform media sosial popular berkenaan.

    “Kami memohon maaf atas kesilapan operasi di mana kandungan daripada halaman Facebook dan Instagram Perdana Menteri telah diturunkan,” kata Meta dalam satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel kepada AFP.

    “Kandungan itu telah dipulihkan dengan label berita yang betul.”

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pidato pada acara kemuncak Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena kelmarin. Meta telah mengeluarkan permohonan maaf kerana menurunkan hantaran media sosial Datuk Seri Anwar mengenai pembunuhan pemimpin Hamas. – Bernama

    Pemimpin politik kumpulan pejuang Palestin, Hamas terbunuh di ibu negara Iran, Tehran Rabu lalu dalam serangan yang dipersalahkan ke atas Israel, yang tidak mengulas secara langsung mengenainya.

    Hantaran Anwar termasuk video yang menunjukkan perdana menteri sedang membuat panggilan telefon dengan seorang pegawai Hamas, menyampaikan takziah.

    Di Instagram, terdapat nota oleh Meta, yang dikongsi oleh Anwar, bahawa hantaran itu diturunkan kerana dikaitkan dengan ‘individu dan organisasi berbahaya’.

    Pejabat Anwar telah menyifatkan tindakan Meta itu ‘penindasan terang-terangan terhadap kebebasan bersuara’ dan menuntut permohonan maaf daripada syarikat teknologi itu.

    Anwar minggu lalu menuduh gergasi teknologi itu sebagai ‘pengecut’ kerana menurunkan hantarannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda