Friday, April 18, 2025
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meta perkenal akaun remaja untuk Facebook

    PARIS, 9 APRIL – Meta kelmarin mengumumkan ia akan melanjutkan akaun remajanya ke rangkaian sosial Facebook, selepas memperkenalkan sekatan di Instagram, baru-baru ini.

    Akaun tersebut telah dibawa masuk untuk pengguna berusia 13 hingga 15 tahun bagi aplikasi perkongsian gambar popular syarikat itu pada September lalu sebagai sebahagian daripada langkah untuk melindungi pengguna Internet bawah umur yang terdedah kepada bahaya dalam talian.

    Remaja dengan segera ditempatkan dalam akaun sedemikian, dengan mereka yang berumur bawah 16 tahun tidak dapat menukar tetapan tanpa kebenaran ibu bapa.

    Dalam satu kenyataan, Meta berkata ia memperluaskan sekatan dalam beberapa bulan akan datang untuk menghalang remaja daripada menyiarkan secara langsung atau menutup perlindungan untuk imej yang tidak diingini dalam mesej langsung sendiri.

    “Akaun Remaja di Facebook dan Messenger akan menawarkan perlindungan automatik yang serupa untuk mengehadkan kandungan yang tidak sesuai dan hubungan tidak diingini, serta cara untuk memastikan masa remaja diluangkan dengan baik,” tambahnya.

    Akaun tersebut pada mulanya akan tersedia di Amerika Syarikat, Britain, Australia dan Kanada, kemudian negara lain di selepas itu. – AFP

    Gambar menunjukkan logo Meta semasa mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos pada 19 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda