Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Meta perkenal model AI yang dipertingkatkan

    SAN FRANCISCO, 19 APRIL – Meta kelmarin memperkenalkan pembantu kecerdasan buatan (AI) yang dipertingkatkan yang dibina pada versi baharu model bahasa besar,
    Llama yang menggunakan sumber terbuka.

    Meta AI lebih pintar dan lebih pantas disebabkan kemajuan dalam Llama 3 yang boleh didapati secara umum, kata gergasi teknologi itu dalam catatan blog.

    “Kesimpulannya, kami percaya Meta AI kini merupakan pembantu AI paling bijak yang boleh awda gunakan secara bebas,” kata pengasas bersama dan ketua eksekutif Meta, Mark Zuckerberg dalam video di Instagram.

    Menjadi sumber terbuka bermakna bahawa pembangun di luar Meta bebas untuk menyesuaikan Llama 3 mengikut kehendak mereka dan syarikat kemudiannya boleh menggabungkan penambahbaikan dan wawasan tersebut dalam versi yang dikemas kini.

    “Kami teruja dengan potensi yang boleh dimiliki oleh teknologi AI generatif untuk pengguna produk Meta dan untuk ekosistem yang lebih luas,” kata Meta.

    “Kami juga mahu memastikan kami membangunkan dan mengeluarkan teknologi ini dengan cara yang dijangkakan dan berfungsi untuk mengurangkan risiko.” – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...