Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meta, TikTok patuh larangan media sosial kanak-kanak Australia

    SYDNEY, 28 OKT – Syarikat gergasi teknologi Meta dan TikTok berkata hari ini bahawa mereka akan mematuhi larangan media sosial bawah 16 tahun Australia tetapi memberi amaran bahawa undang-undang penting itu mungkin sukar untuk dikuatkuasakan.

    Mulai 10 Disember Australia akan memaksa platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok untuk mengalih keluar pengguna di bawah umur 16 tahun walaupun ada dakwaan mengatakan larangan tersebut berkesan.

    Kedua-dua TikTok dan Meta iaitu syarikat induk Facebook dan Instagram berkata larangan itu sukar untuk dikawal, tetapi bersetuju bahawa mereka akan mematuhinya.

    “Secara ringkasnya, TikTok akan mematuhi undang-undang dan memenuhi kewajipan perundangan kami,” kata ketua dasar firma Australia, Ella Woods-Joyce, pada acara pendengaran Senat hari ini..

    Di atas kertas, larangan itu adalah salah satu yang paling ketat di dunia. Tetapi dengan hanya sebulan lagi sehingga ia berkuat kuasa, Australia sedang berusaha untuk menjawab soalan-soalan penting mengenai penguatkuasaan dan kewajipan firma.

    TikTok memberi amaran bahawa larangan umur yang ‘tergesa-gesa’ itu boleh membawa pelbagai akibat yang tidak diingini.

    “Pakar percaya larangan itu akan mendorong golongan muda ke sudut gelap Internet di mana perlindungan tidak wujud,” kata Woods-Joyce.

    Pengarah dasar Meta, Mia Garlick, berkata firma itu masih menyelesaikan ‘pelbagai cabaran’. Ia akan berusaha untuk menghapuskan ratusan ribu pengguna di bawah umur 16 tahun menjelang tarikh akhir 10 Disember.

    Tetapi mengenal pasti dan menghapuskan akaun tersebut masih menimbulkan satu, “cabaran kejuruteraan dan jaminan umur baharu yang ketara”, katanya.

    Syarikat yang didapati melanggar undang-undang tersebut akan didenda sehingga AUD$49.5 juta.

    Syarikat-syarikat teknologi lain telah mengkritik larangan Australia tersebut yang telah dikatakan ‘samar-samar’, ‘bermasalah’ dan ‘tergesa-gesa’.

    “Undang-undang itu bukan sahaja sangat sukar untuk dikuatkuasakan, malah ia tidak memenuhi janjinya untuk menjadikan kanak-kanak lebih selamat dalam talian,” kata jurucakap tempatan, Rachel Lord.

    Badan pengawas dalam talian Australia baru-baru ini  turut cadangkan bahawa WhatsApp, Twitch dan Roblox juga harus patuhi larangan tersebut. – AFP

    Meta, TikTok patuh larangan media sosial kanak-kanak Australia.- Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda