Saturday, October 19, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Meta umum langkah baharu cegah sextortion

    SAN FRANCISCO, 18 OKT – Meta, syarikat induk Facebook dan Instagram, kelmarin mengumumkan langkah baharu untuk memerangi sextortion, satu bentuk pemerasan dalam talian di mana penjenayah memaksa mangsa yang biasanya terdiri daripada remaja untuk menghantar gambar lucah diri mereka.

    Langkah-langkah itu termasuk kawalan yang lebih ketat terhadap siapa yang boleh mengikuti atau menghantar mesej kepada akaun remaja dan notis keselamatan dalam mesej langsung Instagram dan Facebook Messenger tentang perbualan merentas sempadan yang mencurigakan.

    Langkah itu mengukuhkan Instagram ‘Akaun Remaja’ yang diumumkan bulan lalu dan direka bentuk untuk melindungi pengguna bawah umur dengan lebih baik daripada bahaya yang berkaitan dengan aplikasi perkongsian gambar.

    Syarikat itu juga melaksanakan sekatan ke atas keupayaan penipu untuk melihat senarai pengikut dan interaksi, serta menghalang tangkapan skrin dalam mesej peribadi.

    Selain itu, Meta secara global melancarkan ciri perlindungan untuk mengaburkan gambar bagi membantu remaja sebelum mereka menghantarnya, dalam mesej langsung Instagram.

    Di negara tertentu, termasuk Amerika Syarikat dan Britain, Instagram akan menunjukkan kepada remaja video dalam feed mereka tentang cara mengesan penipuan sextortion.

    Inisiatif seumpama itu bertujuan untuk membantu remaja mengenal pasti tanda-tanda penipuan sextortion, seperti individu yang ingin meminta pertukaran gambar atau cuba mengalihkan perbualan ke aplikasi yang berbeza. – AFP

    Gambar fail bertarikh 14 Jun 2023 menunjukkan logo Meta di pameran Vivatech di Paris, Perancis. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda