Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    MetMalaysia keluarkan nasihat ribut tropika Trami

    KOTA KINABALU, 23 OKT – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan ribut tropika Trami yang dikesan berlaku 1,281 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat menyebabkan hujan berterusan dan angin kencang berlaku di Sabah.

    MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan ribut tropika itu terjadi pada kedudukan latitud 15.7 utara dan longitud 124.4 timur, kira-kira 395 km ke Timur Laut Manila, Filipina.

    Berdasarkan pencerapan pada 8 pagi, MetMalaysia memaklumkan ribut tropika berkenaan bergerak ke arah Barat Laut dengan kelajuan 20 km sejam (km/j) dan boleh mencapai maksimum 83 km/j.

    Menurut MetMalaysia, selain hujan dan angin kencang yang berterusan, keadaan laut bergelora juga akan berlaku di kawasan perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu. – Bernama

    Cuaca mendung yang dirakamkan pada sebelah petang berhampiran Tebingan Sungai Kuching ketika tinjauan FotoBernama baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda