Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mexico: 13 pegawai polis maut diserang lelaki bersenjata

    ACAPULCO, 24 OKT – Tiga serangan bersenjata berasingan di Mexico kelmarin menyebabkan sekitar 24 orang terbunuh, termasuk pegawai polis, kata pihak berkuasa mengenai keganasan terbaharu yang melanda kawasan yang ditimpa masalah pengedaran dadah.

    Dalam kejadian maut itu, penyerang yang tidak dikenali menyerang rondaan keselamatan di perbandaran Coyuca de Benitez, ne-geri Guerrero, kata pendakwa raya Alejandro Hernandez.

    Kira-kira 13 orang terbunuh dan dua lagi cedera dalam serangan itu, kata pejabat pendakwa negeri dalam satu kenyataan, dengan Hernandez sebelum ini mengesahkan bahawa 11 daripada mereka yang terbunuh adalah anggota pasukan polis perbandaran.

    Satu lagi serangan, di negeri jiran Michoacan, menyebabkan empat orang awam dan seorang anggota polis terbunuh dan dua lagi cedera, kata pihak berkuasa.

    Sekumpulan lelaki bersenjata telah menyerang abang kepada datuk bandar bandar Tacambaro, menurut pejabat pendakwa raya negeri.

    Serangan ketiga kelmarin, pertempuran antara dakwaan pengedar dadah di negeri tengah Mexico Puebla, menyebabkan kira-kira enam maut dan dua cedera, lapor kerajaan wilayah.

    Insiden itu berlaku di komuniti luar bandar San Miguel Canoa, kira-kira 120 kilometer dari Mexico City. – AFP

    Kira-kira 11 pegawai polis terbunuh dalam serangan bersenjata oleh kumpulan penjenayah di Coyuca de Benitez di Mexico pada 23 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...