MEXICO CITY, 3 JAN – Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) meletakkan Mexico sebagai antara negara paling berbahaya bagi wartawan dalam laporan 2024 yang dikeluarkan kelmarin, lapor agensi Anadolu.
Pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa itu menyatakan Mexico adalah antara tempat paling ganas bagi wartawan di luar zon perang, menyumbang 30 peratus daripada semua kes kehilangan wartawan di seluruh dunia dalam tempoh sedekad lalu.
Dalam laporan 2024, RSF menyatakan lima wartawan terbunuh di Mexico, menjadikannya antara tiga lokasi paling ganas untuk kewartawanan di belakang Palestin dan Pakistan.
Walaupun terdapat penurunan keganasan berbanding tahun-tahun sebelumnya, termasuk 2022 apabila Mexico mencatatkan pembunuhan 15 wartawan, rasa tidak selamat dan bebas daripada hukuman terus menjadi ancaman langsung. Penyerang terus menggunakan pelbagai kaedah penindasan selain pembunuhan, seperti kehilangan secara paksa. – Bernama