Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mexico bantu aktivis lindung spesies terancam

    BANDAR MEXICO, 1 Mac – Bagi melindungi hidupan laut yang mengalami kepupusan, tentera laut Mexico dan pegawai polis persekutuan akan menaiki kapal-kapal peronda yang dikendalikan oleh kumpulan alam sekitar Amerika Syarikat, Sea Shepherd dalam usaha untuk menyelamatkan vaquita marina porpoise iaitu sejenis ikan lumba-lumba yang terancam, menurut kumpulan itu semalam.

    Para penyelidik menganggarkan kira-kira 30 ekor vaquita sahaja yang tertinggal; ikan lumba-lumba terkecil di dunia itu dikenali sebagai ‘panda laut’ kerana mempunyai lingkaran tersendiri di sekeliling matanya.

    Dalam usaha untuk melindunginya, Sea Shephed telah memulakan rondaan di habitat asalnya di Teluk California, operasi yang kini disertai oleh pasukan tentera dan polis Mexico, menurut kenyataan kumpulan itu.

    Gambar fail menunjukkan sebuah kapal milik aktivis alam sekitar Sea Sherpherd ‘Bob Barker’ berlabuh di Hobart, Australia. – AFP

    “Kerjasama terbaharu dalam perkongsian kerajaan itu berlaku ketika ketegangan meningkat di bahagian atas Teluk California yang menyaksikan tindakan agresif pemburu haram terhadap kapal-kapal Sea Shepherd dengan menggunakan senjata api bagi menjatuhkan dron pengawasan dan membaling objek bagi menakut-nakutkan anak kapal,” ujarnya.

    Tambahnya, seramai 12 orang pegawai akan menaiki kapal-kapal Sea Shepherd dan mereka mempunyai kuasa untuk menangkap termasuklah menggagalkan operasi pemburuan terhadap rizab vaquita yang dilindungi itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda