Friday, November 22, 2024
32.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mexico benam Honduras

    MEXICO, 21 NOV – Mexico mengatasi defisit dua gol pada perlawanan pertama dan mara ke separuh akhir Liga Negara CONCACAF dengan kemenangan 4-0 ke atas Honduras di Toluca baru-baru ini. Henry Martín menjaringkan dua gol, manakala Raul Jimenez dan Jorge Sanchez masing-masing menyumbang satu gol.

    Dengan kemenangan agregat 4-2 pada suku akhir, Mexico akan berdepan Kanada pada 20 Mac di Inglewood, California. Juara bertahan tiga kali, Amerika Syarikat, pula akan bertemu Panama dalam perlawanan pertama separuh akhir yang dijadualkan berlangsung dalam format dua perlawanan.

    menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-0 ke atas Suriname, dengan kemenangan agregat 4-0.

    Mexico bangkit daripada kekalahan 2-0 pada perlawanan pertama Jumaat lalu di San Pedro Sula, Jimenez memulakan kebangkitan pada minit ke-42 apabila dia menjaringkan gol daripada hantaran lintang Jesus Orozco untuk gol antarabangsanya yang ke-35.

    Martin menyamakan agregat pada minit ke-72 selepas Jimenez menanduk bola hasil sepakan sudut Alexis Vega melepasi gawang gol. Sanchez menjaringkan gol pada minit ke-85, apabila dia mengawal hantaran silang Vega dengan dada dan menyepak bola dengan kaki kanan melepasi penjaga gol Edrick Menjivar dari jarak 7 ela.

    Martin melengkapkan kemenangan dengan sepakan penalti pada minit ketujuh masa kecederaan separuh masa kedua, gol antarabangsanya ke-11, selepas pengadil dari Kanada, Drew Fischer, memutuskan Kervin Arriaga melakukan kekasaran terhadap Martin berhampiran bahagian atas kawasan penalti.

    Di Kanada, Jonathan David meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit ke-23 selepas percubaan untuk mengeluarkan bola hasil sepakan sudut melantun kembali kepadanya menerusi Jacob Shaffelburg. Dengan gol keempatnya dalam enam perlawanan, David melepasi rekod Cyle Larin untuk menjadi penjaring terbanyak sepanjang masa bagi pasukan kebangsaan Kanada. – AP

    Reaksi Jimenez selepas menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak suku akhir kedua Liga Negara CONCACAF pada 19 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda