MIAMI, 26 JUN – Luis Romo menjaringkan dua gol ketika Mexico menumpaskan Honduras 4-0, manakala gol kemenangan pada masa kecederaan daripada Frantzdy Pierrot memberikan Haiti kemenangan 2-1 ke atas Qatar dalam Piala Emas CONCACAF semalam.
Jamaica mengikat Amerika Syarikat (AS) dengan keputusan seri 1-1 pada aksi pembukaan pada Sabtu lalu, sementara Trinidad dan Tobago menewaskan St Kitts dan Nevis 3-0 dalam satu lagi perlawanan kumpulan A semalam di Fort Lauderdale.
Mexico, pemenang rekod lapan kali kejohanan untuk Amerika Utara dan Tengah dan Caribbean, berentap dengan Honduras di Houston selepas memecat jurulatih Argentina, Diego Cocca dan melantik Jaime Lozano sebagai pelatih sementara.
Cocca dipecat selepas kekalahan separuh akhir Liga Negara-Negara 3-0 kepada AS dan El Tri membuat permulaan yang sempurna untuk Lozano.
Hanya dalam masa 51 saat untuk Mexico mencari sasaran apabila Romo mengawal sepakan bersih, melakukan satu sentuhan kemudian, dari tepi kotak penalti, menendang bola ke sudut bawah.
Roma menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-23 apabila Jesus Gallardo menanduk tendangan sudut ke arahnya dan dia merembat bola melepasi penjaga gol Honduras, Luis Lopez.
Orbelin Pineda, menghasilkan permainan satu-dua yang bijak, di tepi kotak dengan Henry Martin, bergerak masuk ke dalam petak penalti sebelum menjaringkan gol.
Luis Chavez melengkapkan kemenangan itu dengan sepakan penyudah toe-poked pada minit ke-64 ketika 66,500 penonton, yang kebanyakannya warga Mexico, meraikan kembali pasukan mereka tepat pada masanya. – AFP
