MEXICO CITY, 2 Nov – Datuk Bandar Mexico City pada hari khamis telah memperkenalkan aplikasi sistem amaran gempa bumi yang boleh dimuat turun oleh penduduk setempat.
Aplikasi amaran gempa ini bergabung dengan aplikasi kecemasan yang pernah dibuat sebelumnya yang dikenali sebagai “911 CDMX,” menurut Datuk Bandar seminggu selepas bandar tersebut mengalami gempa yang kuat.
Sehingga kini, bandar tersebut memiliki sistem amaran gempa dengan bantuan 8,200 pembesar suara telah terpasang di seluruh bandar. Alat pengesan gempa diletakkan di persisiran pantai selatan Mexico.
Penduduk akan menerima amaran teks dan alat pengesan akan menghantar isyarat kepada pembesar suara di seluruh bandar.
“Apa yang perlu anda buat ialah memuat turun aplikasi 911 secara percuma dan setiap orang akan memilik isyarat seismik dalam telefon bimbit,” kata Mancera.
Pada 7 dan 19 september yang lalu, bandar tersebut digegarkan oleh gempa yang menyebabkan 38 buah bangunan musnah dan 5,700 yang lain rosak, telah mengorbankan 228 orang. – Xinhua