Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mexico City persiap pelan hadapi gempa bumi

    MEXICO CITY, 16 Okt – Kerajaan Mexico hari ini akan menunjukkan ‘pelan integral’ pada hari-hari akan datang sebagai tindak balas kepada gempa bumi, selepas satu kejadian gempa teruk memusnahkan kawasan bandar bulan lalu, kata Datuk Bandar Miguel Angel Mancera kelmarin.

    “Ia adalah pelan yang akan mengandungi tindakan yang termasuk sudah dilaksanakan … tindakan yang akan dilakukan serta-merta dan dalam jangka pendek, sederhana dan jangka panjang untuk Mexico City,” katanya pada sidang akhbar.

    Mancera berkata pelan itu akan dibentangkan minggu depan dan akan merangkumi peraturan ilmiah, kejuruteraan dan seni bina.

    “Kami tidak akan membenarkan satu lagi peristiwa sedemikian berlaku tanpa tindakan menyeluruh,” katanya.

    Gempa bumi 7.1 magnitud pada 19 September membunuh 228 orang di ibu negara, merosakan sekurang-kurangnya 38 bangunan dan bangunan sekitarnya lagi.

    Sejumlah 369 orang terkorban di seluruh negara tatkala ia juga melanda negeri-negeri Mexico, Morelos, Puebla, Guerrero dan Oaxaca. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda