WASHINGTON, 31 MEI – Amerika Syarikat (AS) akan mengenakan tarif baharu sebanyak lima peratus ke atas semua barangan import Mexico mulai 10 Jun, lapor agensi berita Xinhua.
Presiden Donald Trump berkata pada Khamis langkah itu untuk menekan Mexico agar negara itu menghentikan kebanjiran pendatang tanpa izin yang melintasi sempadan.
“Mulai 10 Jun, AS akan mengenakan lima peratus tarif ke atas semua barangan yang masuk ke negara kita dari Mexico, sehingga tiada lagi migran haram masuk melalui Mexico ke negara kita.
“Tarif itu kan dinaikkan secara beransur-ansur sehingga masalah imigran haram selesai,” tulis Trump di Twitternya.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Rumah Putih pada Khamis petang mengatakan jika situasi di sempadan AS-Mexico masih tiada perubahan, tarif akan dinaikkan kepada 10 peratus pada 1 Julai 2019 dan jumlah itu akan dinaikkan dari semasa ke semasa. – Bernama