BANDAR RAYA MEXICO, 2 JUN – Pegawai kesihatan Mexico mengesahkan satu kes campak dari seorang wanita Britain yang tiba di negara itu seminggu lalu, menurut pihak berkuasa hari ini.
Wanita berusia 50 tahun itu tiba di lapangan terbang di Cancun dengan destinasi terakhirnya adalah Playa del Carmen, kawasan peranginan kedua paling banyak dilawati di negara itu.
“Sebaik sahaja mendapati tanda dan symptom sakit, dia mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di mana mereka mengenalpastinya sebagai satu kemungkinan kes campak,” kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.
Sanak saudara pesakit—seorang lelaki berusia 33 tahun, wanita berusia 29 tahun dan budak lelaki berusia 14 serta budak perempuan berusia tujuh tahun tidak menunjukkan sebarang simptom, menurut kenyataan itu. – AFP