Friday, February 7, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mexico memperingati kematian mangsa gempa bumi

    MEXICO, 1 Nov – Tradisi hari kematian Mexico telah membuka tirai dengan suasana sedih dari hari bias, dengan masyarakat di Mexico City dan sekitarnya meluangkan hari kelepasan awam pada tahun ini dengan memperingati 369 mangsa gempa bumi yang berlaku pada 19 September lalu, 228 di antaranya di bandar tersebut, di mana 38 bangunan musnah.

    Gempa bumi telah menggegarkan perkampungan purba di selatan Mexico City di mana masyarakat mengekalkan suasana warna-warni dan keaslian sambutan hari kematian.

    Beberapa orang telah terkorban, gereja dan sebahagian besar rumah yang diperbuat dari bata musnah.

    Rakyat Mexico menyediakan altar peringatan dan gambar serta pinggan yang mengandungi makanan kegemaran mangsa yang terkorban.

    Ahli keluarga berkumpul di sekitar tanah perkuburan menyanyi dan berinteraksi dengan si mati.

    Kejiranan Sekolah Enrique Rebsamen yang sebahagiannya runtuh pada gempa bumi 19 September, menggantung hiasan Hari Kematian di jalan-jalan masuk sekolah itu di Mexico City ketika memperingati mangsa-mangsa terkorban akibat gempa bumi. – AP

    “Anak saya selalu merungut kerana kami tidak meletakkan altar,” kata Flores dalam kesedihan.

    “Tahun ini saya akan melaksanakannya untuk memperingati anak saya.”

    Majoriti penduduk di kompleks pangsapuri era 60-an masih tinggal dalam khemah.

    Sebahagian daripada struktur bangunan masih boleh diperbaiki, yang lainnya sudah musnah.

    Tujuh lagi mangsa yang terkorban bersama ahli keluarga Flores dalam runtuhan bangunan dan yang terselamat juga turut serta memperingati di tugu peringatan 9 lagi mangsa yang lain. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda