Monday, January 27, 2025
27.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mexico siasat kes serangan dron kartel dadah

    MEXICO CITY, 7 JAN – Pihak berkuasa Mexico sedang menyiasat kes pembunuhan berkaitan kartel dadah ke atas lima orang di negeri selatan Guerrero, kata pejabat pendakwa raya wilayah, selepas sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pertama kali melaporkan serangan di kawasan itu yang melibatkan dron dan bahan letupan.

    Pejabat pendakwa raya kelmarin berkata bahawa ia telah memulakan siasatan terhadap serangan ke atas sekumpulan 30 orang di bandar Buenavista, di kawasan perbandaran Heliodoro Castillo.

    “Insiden itu berpunca daripada konfrontasi antara kumpulan penjenayah La Familia Michoacana dan Los Tlacos, yang terbabit dalam pertikaian untuk mengawal kawasan tersebut,” kata pejabat itu.

    NGO hak asasi manusia, Minerva Bello pertama kali melaporkan pada Jumaat serangan di kawasan itu menggunakan dron dan ‘alat letupan’ petang sebelumnya.

    Kemudian, ejen pejabat pendakwa Guerrero berjaya ‘membuktikan kewujudan rangka yang telah hangus bersamaan dengan lima orang dalam sebuah kereta yang terbakar’, kata pejabat itu.

    Bagaimanapun, mayat tersebut telah dibawa lari oleh penduduk sebuah komuniti jiran dan pegawai hanya menemui kenderaan itu.

    Pengarah Minerva Bello, paderi Filiberto Velazquez, kelmarin berkata bahawa kenderaan itu mengandungi ‘sejumlah mayat yang telah hangus’, tetapi sekurang-kurangnya lima tengkorak.

    “Enam mangsa yang terselamat dilaporkan, dan keberadaan yang selebihnya tidak diketahui,” katanya. – AFP

    Gambar AFP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda