Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mexico siasat pencemaran letupan roket SpaceX

    BANDAR MEXICO, 26 JUN – Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata kelmarin bahawa pentadbirannya sedang menyiasat pencemaran daripada kemudahan SpaceX berhampiran sempadan Mexico di Texas Selatan dan sedang merancang tindakan seterusnya.

    Pengumuman itu dibuat susulan letupan roket Starship pada 18 Jun lalu ketika ujian di tapak berdiri, yang menghasilkan bola api besar di langit malam.

    Kepingan logam, plastik dan serpihan roket dilaporkan ditemui di negeri utara Tamaulipas yang bersempadan dengan Starbase SpaceX selepas letupan tersebut.

    Sheinbaum kelmarin menjawab soalan wartawan semasa taklimat harian, dengan berkata “tinjauan menyeluruh sedang dijalankan untuk mengetahui undang-undang antarabangsa mana yang telah dilanggar.”

    Dia menambah pentadbirannya akan menentukan langkah yang akan diambil bersama syarikat itu kerana ‘terdapat pencemaran’.

    SpaceX tidak memberikan maklum balas segera terhadap permintaan komen kelmarin. Pada Selasa, Gabenor Tamaulipas, Americo Villarreal menuntut kajian sama ada SpaceX mematuhi syarat penempatan kemudahan berkenaan berdekatan pusat penduduk. Pegawai Mexico turut mengesahkan serpihan daripada pelancaran Starship yang gagal pada 27 Mei ditemui di pantai Tamaulipas. – AP

    Roket SpaceX meletup di Starbase, tapak pelancaran SpaceX di hujung selatan Texas lewat malam 18 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda