Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    MHBPT sambut Aidilfitri

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 21 APRIL – Dengan hasrat murni untuk terus menyemai ukhuwah bertepatan dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri, sehubungan itu ahli jawatankuasa takmir masjid, Muslimah dan Kumpulan Belia Ibadurrahman Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong (MHBPT) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di MHBPT itu ialah Raes Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Profesor Madya Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani.

    Majlis dimulakan dengan menunaikan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Imam MHBPT, Awang Sahibol Omar bin Haji Yusof.

    Seterusnya, ucapan alu-aluan daripada Ketua Imam MHBPT, Awang Mohammad Waiz bin Tajuddin dan disusuli dengan tayangan video Ramadan 1446 Hijrah.

    Majlis juga diserikan dengan persembahan bacaan Al-Quran berserta terjemahannya, diikuti dengan penyampaian sagu hati galakan kepada 20 orang kanak-kanak yang mengikuti Tadarus Ramadan 1446 Hijrah yang telah disempurnakan oleh tetamu kehormat.

    Bagi memberkati majlis, bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dipimpin oleh Pegawai Perantis Hal Ehwal Masjid di MHBPT, Awang Abdul Hafiz bin Haji Abdul Kadiroshman.

    Majlis diserikan dengan persembahan bacaan Al-Quran berserta terjemahannya. – GAMBAR SERAHAN AJK TAKMIR MHBPT
    Profesor Madya Dr Abdul Nasir hadir selaku tetamu kehormat sekali gus menyampaikan sagu hati kepada salah seorang penerima yang mengikuti Tadarus Ramadan 1446 Hijrah. – GAMBAR SERAHAN AJK TAKMIR MHBPT
    GAMBAR SERAHAN AJK TAKMIR MHBPT
    GAMBAR SERAHAN AJK TAKMIR MHBPT

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda