Pelakon cilik yang pernah mencuri perhatian disebabkan bakatnya yang menyerlah, Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan atau lebih dikenali sebagai Mia Sara tampil sekolahkan warganet yang mempersoalkan beliau disuntik oleh doktor lelaki sewaktu mengambil vaksin.
Video yang dimuatnaik di laman TikTok beliau mendapat perhatian daripada segelintir warganet yang mempersoalkan beliau tidak sepatutnya mendapatkan suntikan dari doktor lelaki disebabkan imejnya yang bertudung.
Setelah menerima kecaman warganet, Mia Sara tampil memberikan penjelasan dan meluahkan rasa hairan terhadap warganet yang persoal perkara di luar bidang kuasanya.
“Kenapa anda semua marah apabila lihat doktor yang menjalankan tugas tu lelaki? Anda tahu saya tidak boleh memilih. Jika bertujuan untuk perubatan, ia tidak mengapa,” jelas Mia Sara.
Beliau menambah, minta warganet agar tahu mengenai sesuatu perkara sebelum meninggalkan komen.
“Sebab itu jika anda mahu komen mengenai sesuatu, pastikan anda tahu tentang apa yang anda sedang cakapkan,” kata Mia Sara. – Agensi
