Wednesday, February 1, 2023
32.3 C
Brunei

-

Miami demam El Clasico

MIAMI, 28 Julai – Musim baru La Liga masih ada beberapa berminggu saja lagi tetapi percubaan untuk memberitahu Miami bahawa Stadium Hard Rock untuk El Clasico pada malam esok penuh langsung tidak berguna kerana ada lagi yang cuba untuk mendapatkan tempat bagi menyaksikan perlawanan mesti tonton sekali seumur hidup.

Buat pertama kali lebih daripada 35 tahun, Barcelona dan Real Madrid akan bertemu di tanah asing. Ia juga merupakan pertemuan pertama antara kedua-dua pasukan di bumi AS.

Mengimbau kembali perlawanan pasca musim di Venezuela pada 1982 sebelum Piala Dunia tahun itu, El Clasico tidak begitu gah bahkan tidak disiarkan di televisyen di Eropah.

Bagaimanapun pada 2017, pertemuan ini menjadi satu peristiwa global besar yang merasuk bandar bola sepak dan memastikan kejohanan tahunan Piala Juara-Juara Antarabangsa akan kekal sebagai perlawanan tetap kalendar sukan untuk tahun-tahun akan datang.

Rangkaian TV ESPN telah memindahkan 25 krew pemberita dan penyampai ke Florida Selatan untuk membantu menghasilkan liputan sebaik mungkin.

Luis Suarez, Neymar dan Lionel Messi mengambil bahagian dalam satu sesi latihan di Barry University di Miami, Florida, dua hari menjelang ‘El Clasico’ global antara Barcelona dan Real Madrid. – AFP
Luis Suarez, Neymar dan Lionel Messi mengambil bahagian dalam satu sesi latihan di Barry University di Miami, Florida, dua hari menjelang ‘El Clasico’ global antara Barcelona dan Real Madrid. – AFP

Akhbar harian Sports Center akan berada di Miami dan pada masa di mana NFL, NBA dan NHL sedang dalam hibernasi menandakan tidak ada masa yang lebih baik daripada itu.

Permainan ini telah lama laris dengan tiket di pasar gelap kini mencecah AS$900 dolar setiap satu walaupun hanya 30 peratus yang dibeli oleh peminat di rantau Selatan Florida dan selebihnya dibeli oleh warga AS serta peminat dari 50 negara.

Penyokong bola sepak dari Mexico, Kanada, Puerto Rico, Costa Rica dan Honduras semuanya akan membanjiri stadium Miami Dolphins NFL yang telah diubah suai sementara bandar itu sendiri mendapat laba daripada festival bola sepak yang menyeronokkan.

Satu perlawanan legenda di acara ‘Casa Clasico’ di Bayfront Park di pusat bandar Miami hari ini menyaksikan legenda seperti Patrick Kluivert, Fernando Hierro dan Carlos Puyol antara mereka yang menyarung but sekali lagi dan mencipta semula detik-detik majis masa lalu.

Persembahan muzik secara langsung dengan DJ akan terus menghiburkan para menonton melalui skrin TV besar yang didirikan khas untuk mereka yang tidak bernasib baik atau terlepas tiket bagi membolehkan penyokong kasual merasai pengalaman unik tentang apa sebenarnya pertandingan ini.

Syarikat-syarikat pelancongan juga menawarkan harga istimewa pakej ‘El Clasico’ termasuk tiket stadium dan penginapan hotel di hartanah mewah South Beach, bermula dari AS$750 untuk satu malam.

Secara semula jadi, kedua-dua pasukan sedang membuat persiapan pra-musim dan telah melakukan jelajah ke seluruh AS selama dua minggu yang lalu bersama Manchester United, Manchester City, Juventus dan Tottenham Hotspur.

Namun persaingan seperti ini memastikan setiap kali Real dan Barca bertemu, minat para penyokong terus berlimpah.

Superstar Barca dari Brazil, Neymar, secara konsisten dikaitkan dengan rekod perpindahan perpindahan ke gergasi Perancis Paris St Germain, yang juga pernah berada di AS sementara Real dipercayai bakal membawa bintang muda Monaco Kylian Mbappe dengan bayaran yang boleh mencecah 180 juta euro.

Tambahan pula, ketika jurulatih Madrid Zinedine Zidane masih mengejar kejayaan memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara, pengurus baru Barca Ernesto Valverde pula belum lagi bermula.

Setelah puas hati dengan situasi Neymar dan segala-galanya, ia bukanlah apa yang diharapkan oleh mantan pemain Barcelona itu sejak awal.

El Clasico tanpa apa-apa? Mungkin. Namun Hugo Sanchez, penyerang legenda Mexico yang menjaringkan 208 gol dalam 283 perlawanan untuk Los Blancos ketika zaman gemilangnya dari tahun 1985 hingga 1992, tahu apa maknanya apabila dua gergasi ini bertembung.

“Ini adalah permainan paling penting di Sepanyol tetapi memandangkan kemajuan teknologi yang kita ada di dunia, ia harus dikenali sebagai El Clasico global,” kata Sanchez. “Bagi mereka yang cukup bernasib baik dapat menyaksikan perlawanan, itulah peluang paling kurang sekali seumur hidup.” – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korban bom masjid meningkat lebih 90

PESHAWAR, PAKISTAN, 31 JAN – Pengeboman berani mati yang berlaku di masjid dalam ibu pejabat polis daerah Peshawar dan kawasan kerajaan di barat laut...
- Advertisment -