Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Miami: Federer berdepan Kyrgios

    MIAMI, 31 Mac – Roger Federer secara dramatik mencipta kebangkitan dengan mencatatkan kemenangan dalam laluan ke separuh akhir Terbuka Miami dengan 6-2, 3-6, 7-6 (8/6) ke atas pemain pilihan ke-10 dari Czech, Tomas Berdych semalam.

    Pemain dari Switzerland yang berusia 35 tahun itu, sudah memenangi Terbuka Australia dan Indian Wells setakat tahun ini, melanjutkan kemenangan berturut–turutnya ke atas Berdych kepada tujuh perlawanan.

    Terdapat banyak ketegangan dalam ‘tie-break’ penentuan, di mana Federer menyelamatkan mata penamat dan kemudian Berdych tewas menerusi ‘double-fault’.

    “Saya memberikan persaingan dan Tomas mula meningkatkan permainan, tetapi ia adalah persaingan yang menarik pada akhirnya.”

    Tomas Berdych (kanan) mengucapkan tahniah kepada Roger Federer selepas berakhirnya perlawanan suku akhir Terbuka Miami. – AFP
    Tomas Berdych (kanan) mengucapkan tahniah kepada Roger Federer selepas berakhirnya perlawanan suku akhir Terbuka Miami. – AFP

    Federer akan menghadapi Nick Kyrgios pada separuh akhir selepas pemain dari Australia itu mara dengan kemenangan 6-4, 6-7 (9/11), 6-3 ke atas Alexander Zverev dari Jerman.

    Jika Federer menang hari ini, terdapat peluang dia akan beraksi dalam persaingan akhir Ahad ini menentang pesaing Rafael Nadal, yang menghadapi Fabio Fognini dari Itali dalam satu lagi pertandingan separuh akhir.

    Tetapi semalam ia nyaris menjadi satu penamat bagi juara Grand Slam sebanyak 18 kali itu, yang memasuki perlawanan itu tanpa melepaskan satu set dalam lapan pertandingan berturut–turut di Indian Wells dan Miami. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda