Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Miami’ India, seni adaptasi di bandar raya Mumbai

    KAWASAN pinggir laut India dipenuhi dengan bangunan-bangunan berwarna-warni yang terang dan menawarkan sudut-sudut melengkung, balkoni yang bergaya serta motif eksotik. Situasi ini menunjukkan bahawa kawasan itu memaparkan dekorasi peta seni yang terkenal dan diadaptasi dari bandaraya Miami.

    Namun ini adalah Mumbai dan pada hari ini, bandar raya ini terkenal dengan bangunan Gothic Victoria daripada reka bentuk seni bina yang lebih terkenal khususnya di benua Eropah dan Amerika Syarikat sekitar tahun 1920-an dan 30-an.

    Pada hari ini, sekumpulan peminat dekorasi itu telah membuat sekitar beratus-ratus struktur ‘Deco Mumbai’ yang merangkumi hartanah kediaman, pejabat komersial, pawagam dan juga rumah sakit yang terkenal pada abad ke-19.

    Projek Art Deco Mumbai itu menanamkan hasrat dan cita-cita tinggi yang bertujuan untuk mendokumenkan setiap perkembangan bandar raya itu serta mendidik penduduk tentang asal-usul bangunan bagi memastikan warisan seni bina gaya moden India tetap terpelihara dan terkawal.

    “Bombay mempunyai salah satu koleksi bangunan ‘Art Deco’ yang terbesar sekali di dunia. Ia merupakan warisan yang sangat luar biasa,” kata Atul Kumar, pengulas konservasi yang berpengaruh dan pengasas Art Deco Mumbai kepada wartawan AFP. Kebanyakan pokok-pokok kelapa sawit menghiasi disepanjang persiaran Marine Driuve tiga kilometer di mana Soona Mahal, sebuah bangunan simetri, yang dicat dengan warna kuning berdiri tegak dan duduk dengan bangga di sudut jalan untuk tatapan orang ramai.

    Apa yang pasti kawasan ini merupakan pusat kawasan ‘Art Deco Mumbai’ yang telah dipraktikan pada tahun 2012. – AFP

    “Ia merupakan bangunan ikonik yang kelihatan seperti sebuah kapal yang menembusi gelombang perkembangan dunia,” kata Mehernosh Sidhwa yang berusia 70 tahun dengan bangga. Dia adalah generasi ketiga dari keluarganya yang tinggal di dalamnya selepas datuknya membina bangunan itu pada tahun 1937. Manakala di satu sudut, bangunan lima tingkat memaparkan ‘Fon Deco’ yang elegan, lantai marmar dan tangga pusing, Oval Maidan serta berdekatan dengan destinasi tumpuan seperti Pawagam Eros dan Regal.

    Aspirasi

    Apa yang pasti kawasan ini merupakan pusat kawasan ‘Art Deco Mumbai’ yang mana telah dipraktikkan pada tahun 2012 dan kawasan ini telah dikemukakan kepada pihak UNESCO untuk proses pengiktirafan warisan dunia. Berdekatan dengan kawasan pantai, rumah sakit Breach Candy turut termasuk dalam kawasan ‘Art Deco Mumbai’.

    “Terdapat penggabungan yang menarik dari ‘Art Deco’ ini kerana terdapat kepelbagaian unsur-unsur seni di mana anda akan mempunyai zigurat, balkoni lokomotif bulat, imej tropika dan banyak lagi,” tambah Kumar lagi kepada wartawan media.

    Kebanyakan bangunan-bangunan ini dibina antara awal tahun 1930-an dan awal tahun 1950-an selepas kaum India yang kaya telah menghantar arkitek mereka ke benua Eropah untuk menghasilkan reka bentuk moden yang berbeza dengan raja-raja penjajah mereka. Mereka telah melawat kawasan itu berikutan penganugerahan Paris sebagai kota ‘Art Décor’ pada tahun 1925.

    “Apa yang menarik, bangunan-bangunan ‘ Deco Mumbai’ sentiasa mekar dalam bayangan struktur Gothic Victoria yang dibina oleh pihak British seperti kereta api, muzium dan juga mahkamah tinggi,” tambah Kumar lagi kepada wartawan media.

    “Art Deco lebih menjurus kepada gaya yang berwarna-warni, cerah, bebas, canggih mewakili aspirasi kelas baru malah India berada di bawah pemerintahan kolonial yang menindas dan ini merupakan penyataan yang sangat unik melalui seni bina,” tambah Kumar lagi.

    Bandar raya ini terkenal dengan bangunan Gothic Victoria daripada reka bentuk seni bina yang lebih terkenal khususnya di benua Eropah dan Amerika Syarikat sekitar tahun 1920-an dan 30-an. – AFP
    Kawasan ini telah dikemukakan kepada pihak UNESCO untuk proses pengiktirafan warisan dunia. – AFP

    Pemuliharaan

    “Kami mahu menubuhkan nombor yang tepat dan disebabkan itu, kedudukan relevan Bombay memang tepat sebagai sebuah kawasan ‘Art Deco’ dan dianggarkan sekitar 136 buah bangunan telah dicatat dalam masa 18 bulan dan beberapa siasatan akan dijalankan di beberapa buah kejiranan. Situasi ini pasti akan menjadi lebih daripada 200,” kata profesional kewangan kepada media.

    Pihak yang bertanggungjawab akan berkomunikasi dan berhubung dengan para pemilik bangunan untuk sama-sama menubuhkan struktur ‘Art Deco’. Organisasi ini telah merekodkan nama bangunan dan arkitek, tarikh pembinaan, koordinat dan ciri-ciri dekorasi. Spesifikasi utama dan foto kemudian dimuat naik ke inventori. Imej dengan kapsyen juga diterbitkan oleh organisasi ini.

    “Jika kami mempunyai ketepatan sebanyak 100 peratus, ia meyakinkan namun jika kami merasa ragu, bangunan itu tidak akan termasuk,” kata Kumar yang turut menganjurkan lawatan berjalan kaki untuk menyebarkan informasi tersebut.

    Kumar juga melahirkan rasa tidak puas hati berikutan kekurangan kesedaran telah menyebabkan banyak bangunan ‘Deco Art’ dirobohkan atau di kompromi oleh perubahan. Pemaju harta yang menawarkan jumlah yang lumayan untuk menggantikan mereka dengan pangsapuri mewah juga telah menyebabkan kemusnahan.

    “Matlamat kami adalah untuk memelihara koleksi yang hebat ini seperti yang kita bicarakan dengan mereka yang merasa bangga dan diterjemahkan dalam keinginan untuk memelihara,” kata Kumar mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda