Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Miami ingin rebut juara, buktikan ramalan salah

    ORLANDO, 30 SEPT – Jimmy Butler berkata Miami Heat tidak menganggap diri mereka sebagai pasukan pilihan kedua meskipun memulakan musim ini sebagai pasukan bukan pencabar kejuaraan.

    Miami akan berdepan dengan Los Angeles Lakers dalam perlawanan pertama hari ini dengan berpeluang menjadi pasukan pertama yang menjuarai kejuaraan dengan peluang kemenangan yang paling tipis dalam sejarah bola keranjang.

    Sebelum musim NBA dimulakan 11 bulan yang lalu, Miami mempunyai peluang 60-1 untuk menamatkan kempen ini sebagai juara. Beberapa orang meramalkan 110-1. Meskipun sebelum musim dimulakan semula di Orlando pada Julai, Heat diramal akan memenangi kejuaraan 30-1, dengan pasukan yang dominan, Milwaukee Bucks dijangka akan mewakili Eastern Conerence dalam perlawanan final.

    Tetapi pasukan Miami adalah pasukan pilihan paling rendah untuk mara ke final NBA sejak 1984. Pasukan Indiana Pacers dikalahkan dalam pusingan pembukaan sebelum pasukan Bucks ditewaskan dalam perlawanan separuh akhir lima perlawanan conference. – AFP

    Aksi Jimmy Butler ketika bermain menentang Boston Celtics dalam playoff NBA. Butler tidak menganggap Heat sebagai pasukan bukan pilihan menjelang final menentang LA Lakers hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda