MIAMI, 11 MEI – Pilihan utama Miami dan Phoenix melangkah ke dalam satu kemenangan dalam pusingan akhir konfederansi NBA kelmarin selepas mencatatkan kemenangan hebat menentang Philadelphia dan Dallas.
Di Miami, Jimmy Butler menjaringkan 23 mata dalam usaha serangan yang terkawal ketika Heat membelasah Philadelphia 76ers 120-85 untuk menguasai siri play-off tujuh terbaik Eastern Conference mereka.
Kisah yang sama berlaku di Phoenix, di mana Suns mengatasi Mavericks untuk menjaringkan kemenangan 110-80 dalam play-off Western Conference.
Kedua-dua Miami dan Phoenix kini mendahului siri 3-2 masing-masing, dengan hanya memerlukan satu kemenangan daripada dua perlawanan terakhir mereka untuk mara ke pusingan akhir saingan Conference.
Dallas telah kembali bersaing untuk menyamakan kedudukan 2-2 pada Ahad lalu selepas tersingkir perlawanan satu dan dua di Phoenix minggu lalu.
Tetapi aksi biasa diteruskan daripada Phoenix dengan prestasi tegas dan cemerlang di hadapan penyokong mereka kelmarin. Devin Booker mendahului Phoenix dengan 28 mata manakala Deandre Ayton memperoleh 20 mata dengan sembilan rebounds.
Dallas telah mendahului sebanyak lapan mata pada separuh masa pertama seterusnya menyaksikan Suns mendahului dengan tiga mata pada waktu rehat.
Phoenix bangkit pada suku ketiga, mengatasi Dallas dengan 33-14 untuk menguasai pertandingan tersebut.
Luka Doncic mengetuai jaringan paling banyak Mavericks dengan 28 mata dan 11 rebounds dengan Jalen Brunson menyumbangkan 21 mata tambahan. – AFP
