Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Miami tewas di tangan Chicago

    MIAMI, 1 OKT – Chicago Fire mara ke playoff di Major League Soccer (MLS) selepas menundukkan Inter Miami pimpinan Lionel Messi 5-3.

    Luis Suarez, menjaringkan dua gol untuk menyamakan kedudukan 3-3 selepas Inter ketinggalan 1-3 berdepan pasukan Chicago di bawah Gregg Berhalter.

    Namun, dua gol Suarez pada separuh masa kedua gagal untuk menyelamatkan Miami, yang bolos dua gol lewat di laman sendiri di Fort Lauderdale.

    Kemenangan Chicago menyaksikan mereka kembali ke postseason MLS buat pertama kali sejak 2017 dan menandakan kejayaan Gregg Berhalter, bekas jurulatih kebangsaan Amerika Syarikat yang dipecat tahun lalu, kembali cemerlang dalam pengurusan kelab.

    “Ia adalah matlamat kami untuk layak ke playoff dan kami telah mencapainya dengan dua perlawanan berbaki,” kata Berhalter selepas perlawanan. “Bagi kami, ini tentang terus membina pasukan yang kuat dan mampu menang.”

    Pemain tengah Ivory Coast, Dje D’Avilla, menjaringkan gol kepala untuk membawa Chicago mendahului hasil sepakan sudut pada minit ke 11 sebelum Jonathan Dean menjaringkan gol hebat dalam serangan balas untuk menjadikan 2-0 pada lewat minit ke 30. – AFP

    Chicago Fire melangkah ke playoff di Major League Soccer selepas menundukkan Inter Miami pimpinan Lionel Messi.
    Luis Suarez #9 dari Inter Miami CF melepaskan rembatan semasa perlawanan MLS antara Inter Miami CF dan Chicago Fire FC di Chase Stadium pada 30 September. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda