BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Sekumpulan 60 pelajar dari Kolej Antarabangsa Micronet (MIC) Itelah mengadakan lawatan pendidikan ke Pusat Sejarah Brunei dan Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja yang terletak di Bandar Seri Begawan.
Di Pusat Sejarah Brunei, para pelajar dan kakitangan Micronet telah disambut oleh Ketua Bahagian Pameran dan Perkhidmatan Pusat Sejarah Brunei, Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad.
Rombongan berkenaan kemudian diberikan taklimat mengenai dan latar belakang pusat berkenaan yang disampaikan oleh Pegawai Sejarah, Dayang Hajah Siti Aisah binti Pungut.
Lawatan pendidikan itu berakhir dengan kunjungan rombongan berkenaan di Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja.
Lawatan tersebut antara lain bertujuan bagi memberikan peluang kepada para pelajar dan kakitangan kolej untuk memahami lebih mendalam mengenai sejarah Brunei.
