Saturday, October 19, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    MIC sambut pelajar baharu dengan Glam Raya

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Kolej Antarabangsa Micronet (MIC) mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu dengan Hari Orientasi Glam Raya Mac 2024 yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong, baru-baru ini.

    Acara berkenaan disertai oleh para pelajar Pearson BTEC IT dan Perniagaan dari Tahap 1 hingga 5 serta daripada program Ijazah Pengkomputeran UTB-MIC dan BriCOMP.

    Turut hadir ialah pengarah urusan, pengarah eksekutif, pengetua dan kakitangan MIC.

    Acara berkenaan merupakan gabungan unik sambutan Hari Raya dan hari orientasi semester baharu, yang telah menggabungkan perayaan kebudayaan dengan pengenalan akademik.

    Majlis dimeriahkan dengan pertunjukan fesyen pakaian Melayu tradisional dan nyanyian serta tarian kebudayaan daripada kalangan pelajar.

    Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk terlibat dalam aktiviti seperti mempelajari cara membuat hidangan Hari Raya tradisional.

    Pelajar Pearson BTEC Tahap 5 bergambar ramai selepas dinobatkan sebagai pemenang bagi persembahan terbaik pada acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN MIC
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda