Monday, March 27, 2023
21.9 C
Brunei

-

MIC tawar laluan alternatif masuk UTB

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Bagi memberi laluan alternatif kepada para pelajar untuk memasuki UTB, seramai 114 orang pelajar dan guru dari Pusat Tingkatan Enam Meragang, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Pusat Tingkatan Enam Belait dan Pusat Tingkatan Enam Sengkurong pada petang tadi menghadiri Jerayawara UTB-MIC Computing Degree Programmes bertempat di Kompleks Perpustakaan Universiti Teknologi Brunei (UTB).

Jerayawara yang dianjurkan oleh Kolej Antarabangsa Micronet (MIC) diisikan dengan perkongsian taklimat bertajuk UTB-MIC Computing Degree Programmes Collaboration – Your Alternative Pathway to Enter UTB.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengurus Besar MIC selaku pengetua kolej berkenaan, antara lain memperkenalkan program-program yang ditawarkan oleh MIC khususnya yang turut melibatkan UTB.

Beliau pada masa yang sama turut menzahirkan harapannya agar kursus-kursus yang ditawarkan di MIC dapat membantu para pelajar dalam merancang dan memilih haluan akademik setelah mereka menamatkan pengajian mereka di peringkat GCE A Level nanti.

Bagi pengambilan Ogos nanti, pelajar tahun pertama akan belajar di MIC dan apabila berjaya menamatkan Tahun 1 pengajian mereka, pelajar akan dimasukkan ke pengajian Tahun 2 dan Tahun 3 di UTB. Setelah melengkapkan program tersebut, pelajar yang telah lulus akan menerima ijazah sarjana muda UTB.

MIC menawarkan program ijazah sarjana muda tiga tahun yang dikenali sebagai Program Ijazah Pengkomputeran UTB-MIC dengan dua jurusan iaitu BSc (Kepujian) dalam Pengkomputeran (Pengkhususan dalam Keselamatan Rangkaian) dan BSc (Hons) dalam Pengkomputeran (Pengkhususan dalam Multimedia).

Sesi taklimat bertajuk UTB-MIC Computing Degree Programmes Collaboration – Your Alternative Pathway to Enter UTB yang berlangsung di Kompleks Perpustakaan UTB.
Antara pelajar yang hadir semasa jerayawara berkenaan bagi mendengarkan taklimat mengenai program-program dan kursus yang ditawarkan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -