Friday, September 20, 2024
34.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Michael Buble sedih anak hidap kanser hati

    Hancur perasaan penyanyi dan penulis lagu asal Kanada, Michael Buble, apabila anak lelakinya, Noah, yang kini berusia 10 tahun disahkan menghidap kanser hati.

    Sebagai bapa, Buble, 48, berasa sangat sedih sehingga merasakan dunianya menjadi gelap seketika apabila dimaklumkan doktor mengenai penyakit putera kesayangannya itu baru-baru ini, lapor Kosmo Digital.

    “Doktor memberitahu Noah menghidap kanser hati. Ketika itu saya rasa dunia gelap seketika,” katanya ketika ditemu bual majalah, US Magazine.

    Lebih membuatkan pelantun lagu Feeling Good itu sayu apabila anaknya tidak lagi ceria seperti dahulu selepas disahkan menghidap penyakit itu.

    “Anak saya sentiasa berada dalam ketakutan dan tidak lagi ceria seperti sebelum ini. Kehidupannya yang indah seolah-olah telah diragut,” ujar Buble.

    Atas faktor kesihatan anaknya itu juga, Buble dilihat turut mengubah kehidupannya apabila dia kini lebih mengutamakan keluarga berbanding kerjaya. – Agensi

    Buble berasa sangat sedih tentang peyakit yang dihidapi oleh putera kesayangannya. – Kosmo Digital
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda