Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Michelle Yeoh dianugerah Legion d’Honneur, Perancis

    PEMENANG anugerah heroin aksi Tan Sri Michelle Yeoh Choo Kheng menerima anugerah ketiga Legion d’Honneur dari Perancis atas sumbangannya dalam bidang kebudayaan dan industri perfileman.

    Beliau dianugerahi darjah ‘the Commander of the Legion d’Honneur’ oleh presiden Francois Hollande dalam satu majlis di kediaman duta besar Perancis. Yeoh, 54, sebelum ini dikurniakan ‘Knight’ dan ‘Officer’ anugerah berprestij itu oleh kerajaan Perancis masing-masing pada 2007 dan 2012.

    Turut hadir pada majlis itu ibunya Datin Janet Yeoh, iparnya Megan Yeoh dan Duta Besar Perancis ke Malaysia Christophe Penot.

    Muncul dengan pakaian gemilang hijau zamrud rekaan Elie Saab, aktres itu berkata ia benar-benar satu penghormatan buatnya daripada Hollande.

    “Saya amat teruja dan berasa begitu dihormati… dalam jadualnya yang amat ketat, bagi Presiden Holland melakukan ini, saya benar-benar rasa dihormati,” kata Yeoh kepada Bernama.

    Anugerah the Legion d’Honneur diwujudkan oleh pemimpin tentera dan emperor Perancis Napoleon Bonaparte pada 1802.

    Presiden Perancis, Francois Hollande ketika menyampaikan pingat kepada pelakon Tan Sri Michelle Yeoh pada majlis Penganugerahan Commander of the Legion d’Honneur di Kediaman Kedutaan Perancis. – Bernama
    Presiden Perancis, Francois Hollande ketika menyampaikan pingat kepada pelakon Tan Sri Michelle Yeoh pada majlis Penganugerahan Commander of the Legion d’Honneur di Kediaman Kedutaan Perancis. – Bernama

    Ia mengandungi lima darjah — Chevalier (Knight), Officier (Officer), Commandeur (Commander), Grand Officier (Grand Officer) dan Grand’Croix (Grand Cross).

    Warga Malaysia lain yang menerima anaugerah the Legion d’Honneur ter-masuk Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2010 serta ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes pada 2010 dan 2013.

    Dilahirkan di Ipoh, Perak pada 6 Ogos 1962, Yeoh melonjak ke kemuncak kesohoran antarabangsa bila beliau berlakon di samping Pierce Brosnan dalam filem Bond 1997, ‘Tomorrow Never Dies.’

    Hollande, yang sedang dalam lawatan negara dua hari ke Malaysia sejak semalam turut mengadakan pertemuan dengan masyarakat Perancis di Malaysia sebelum menghadiri majlis jamuan negeri di Istana Negara. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Rencana

    Temui ketenangan jiwa dalam lukisan berus

    Dendam Tok Darud

    Inara Rusli didakwa perosak rumah tangga

    Berita Berkaitan

    Temui ketenangan jiwa dalam lukisan berus

    SELANGOR - Kelas lukisan berus Cina selama empat jam...

    Dendam Tok Darud

    (Siri 17) Oleh Dino MN - Baru saja tiga bulan penduduk...

    Inara Rusli didakwa perosak rumah tangga

    Pempengaruh Indonesia, Wardatina Mawa tampil membuat laporan polis di...

    Black Panther terima penghargaan Bintang Hollywood Walk of Fame

    Bintang filem Black Panther, Chadwick Boseman, pada Khamis menerima...

    Terkini

    Temui ketenangan jiwa dalam lukisan berus

    SELANGOR - Kelas lukisan berus Cina selama empat jam...

    Dendam Tok Darud

    (Siri 17) Oleh Dino MN - Baru saja tiga bulan penduduk...

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...