Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Michelle Yeoh menang di Anugerah SAG

    Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi wanita Asia pertama yang memenangi Anugerah Screen Actors Guild (SAG) yang berlangsung di Los Angeles semalam.

    Michelle atau nama sebenarnya Michelle Yeoh Choo Keng, 61, membawa pulang anugerah Pelakon

    Wanita Utama menerusi filem lakonanya berjudul Everything Everywhere All At Once.

    Pelakon kelahiran Ipoh itu berjaya menewaskan Cate Blanchett, Danielle Deadwyler, Viola Davis dan Ane de Armas dalam kategori berkenaan.

    Michelle berkata, dia sangat gembira dengan kemenangan tersebut malah berharap agar insan yang bercita-cita sepertinya agar tidak berputus asa untuk berada di tempatnya.

    Michelle Yeoh telah menjadikan wanita Asia pertama memenangi anugerah SAG di Los Angeles. – Agensi

    Dia juga berterima kasih atas peluang dan ruang yang diberikan kepadanya.

    “Saya rasa hati saya akan meletup, perjalanan untuk mendapatkan anugerah ini bagai menaiki roller coaster naik dan turun.

    “Tetapi paling penting kita tidak pernah berputus asa.

    “Saya berterima kasih, ini bukan hanya untuk saya tetapi untuk mereka yang kelihatan seperti saya,” katanya ketika menerima anugerah tersebut.

    Untuk info, Anugerah SAG dianggap sebagai satu ramalan yang boleh dipercayai untuk mendapat tempat di Oscar.

    Lakonan Michelle dalam Everything All At Once telah meraih banyak anugerah malah pelakon berusia 60 tahun itu dianggap mempunyai peluang memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Oscar pada 12 Mac nanti. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda