Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mickelson telah ‘hilang’ di tengah kontroversi

    AUGUSTA, AMERIKA SYARIKAT, 5 APRIL – Pemenang tiga kali, Phil Mickelson akan kembali beraksi di peringkat Masters buat kali permata dalam tempoh 28 tahun dan rakannya Bryson DeChambeau berkata kelmarin bahawa pemain veteran Amerika Syarikat (AS) itu telah tidak mengaktifkan diri.

    Mickelson berkata pada Februari lalu bahawa dia sangat memerlukan rehat daripada bermain golf selepas komennya mengenai liga super yang disokong oleh Arab Saudi, yang diterajui oleh Greg Norman, yang mencetuskan kemarahan.

    DeChambeau, juara Terbuka AS 2020, ditanya tentang rakan baiknya ketika bercakap kepada pemberita di Augusta Antarabangsa.

    “Saya telah cuba untuk menghubunginya, tetapi dia menghilang,” kata DeChambeau mengenai Mickelson, juara PGA yang sedang bertahan. “Tiada kenalan.”

    DeChambeau jarang turun beraksi dalam jelajah tahun ini. Dia terlepas enam minggu akibat kecederaan tangan dan pinggul, kembali pada bulan lalu untuk WGC Match Play, di mana dia gagal ke pusingan 16 terakhir dan terlepas untuk menyertai di Terbuka Texas pada minggu lalu.

    “Saya mungkin kira-kira 80 peratus sihat sekarang,” kata pemain AS tersebut. “Saya tidak boleh bermain dengan habis-habisan. Saya tidak boleh melakukan sebarang sesi latihan kelajuan. Saya tidak boleh berlatih selama berjam-jam seperti saya perlu memikirkan perkara lain.”

    DeChambeau berkata kecederaan tersebut sebahagian besarnya adalah hasil daripada latihannya yang berterusan dan keretakan pada garis tulang hamate di tangan kirinya menjadi lebih teruk apabila dia terjatuh bermain pingpong dengan pemain profesional di Antarabangsa Arab Saudi, di mana dia terpaksa menarik diri.

    DeChambeau berkata doktor telah menasihatinya untuk mengambil lebih banyak masa tetapi tarikan untuk menyertai kejohanan utama pertama tahun ini terlalu kuat. – AFP

    Aksi Bryson DeChambeau semasa membuat pukulannya di Terbuka Texas pada 1 April lalu. Dia telah ditanya tentang Mickelson yang kini menghilang tanpa khabar. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda