Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Kolej Antarabangsa Micronet telah mengadakan acara orientasi yang berlangsung di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas pada 25 Mei lalu yang dihadiri oleh Pengarah Urusan Kolej Antarabangsa Micronet dan Pengetua Kolej Antarabangsa Micronet, para pensyarah dan semua kakitangan serta para pelajar kolej.
Acara tersebut bertujuan bagi menghubungkan para pelajar baharu dengan pelajar-pelajar lain, termasuk para pensyarah dan semua kakitangan Micronet.