Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Microsoft beli saham dalam LSEG

    LONDON, 14 DIS – Syarikat perisian Amerika Syarikat (AS), Microsoft akan membeli empat peratus saham dalam Kumpulan Bursa Saham London di bawah gabungan perkhidmatan teknologi maklumat (IT) baharu.

    Perkongsian jangka panjang itu akan menumpu ‘pada data generasi akan datang serta analitis dan penyelesaian infrastruktur awan’ termasuk kecerdasan buatan (AI), menurut kenyataan.

    Microsoft akan memperoleh pegangan bernilai AS$1.8 bilion pada harga semasa, sementara Kumpulan Bursa Saham London (LSEG) komited untuk membelanjakan AS$2.8 bilion minimum ke atas perkhidmatan berkait-an pengkomputeran awan.

    Gabungan itu akan membantu LSEG menyepadukan Refinitiv, pembekal data kewangan AS yang dibelinya pada tahun lalu serta merangsang pertumbuhan pendapatan.

    “Ia merupakan satu peristiwa bersejarah dalam perjalanan LSEG untuk menjadi infrastruktur pasaran kewangan global dan perniagaan data terkemuka,” kata Ketua Eksekutif, David Schwimmer.

    Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella berkata dalam kenyataan bahawa kemajuan dalam teknologi awan dan AI akan ‘mengubah cara institusi kewangan menjalankan penyelidikan, interaksi dan transaksi.’ – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda