Saturday, May 4, 2024
26.4 C
Brunei

    -

    Microsoft cipta avatar manusia guna teknologi AI

    SAN FRANCISCO, 21 APRIL – Penyelidik di Microsoft telah mendedahkan alat kecerdasan buatan (AI) baharu yang boleh mencipta avatar manusia yang sangat realistik tetapi tidak mengumumkan tarikh untuk menjadikannya tersedia kepada orang ramai, memetik kebimbangan mengenai kandungan ‘deep fake’.

    Model AI yang dikenali sebagai VASA-1, yang merupakan singkatan untuk ‘visual affective skills’ itu boleh mencipta video animasi seseorang bercakap, dengan pergerakan bibir yang diselaraskan, hanya dengan menggunakan satu imej dan klip audio ucapan.

    Penyelidik maklumat palsu bimbang penyalahgunaan berleluasa aplikasi berkuasa AI itu untuk mencipta gambar, video dan klip audio ‘deep fake’ dalam tahun pilihan raya yang penting.

    “Kami menentang sebarang tingkah laku untuk mencipta kandungan yang mengelirukan atau berbahaya mengenai individu sebenar,” tulis pengarang laporan VASA-1, yang dikeluarkan minggu ini oleh Microsoft Research Asia.

    “Kami berazam untuk membangunkan AI secara bertanggungjawab, dengan matlamat untuk memajukan kesejahteraan manusia,” kata mereka.

    “Kami tidak bercadang untuk mengeluarkan demo dalam talian, API, produk, butiran pelaksanaan tambahan atau sebarang tawaran yang berkaitan sehingga kami yakin bahawa teknologi itu akan digunakan secara bertanggungjawab dan mengikut peraturan yang betul.” – AFP

    Logo Microsoft dilihat pada hari pembukaan pameran audiovisual dan integrasi sistem, Integrated Systems Europe (ISE) di Barcelona pada 31 Januari 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...