Sunday, June 23, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    Microsoft disoal siasat kongres AS atas serangan siber

    WASHINGTON, 14 JUN – Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), kelmarin telah mendesak Microsoft untuk menjelaskan ‘rangkaian kesilapan yang boleh dielakkan’ yang membenarkan kumpulan penggodam China untuk menceroboh e-mel pegawai kanan AS.

    Presiden Microsoft, Brad Smith, menghabiskan lebih tiga jam menjawab soalan daripada ahli Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri di Washington, memberi jaminan bahawa keselamatan siber kini semakin diterapkan dalam budaya syarikat teknologi tersebut.

    ‘Microsoft akan bertanggungjawab atas setiap isu yang dikemukakan’ dalam satu laporan kerajaan AS mengenai pelanggaran tersebut ‘tanpa sebarang alasan atau keraguan,’ kata Smith kepada jawatankuasa itu.

    Lembaga Kajian Keselamatan Siber (CSRB), yang diketuai oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS, menjalankan penyiasatan selama tujuh bulan ke atas insiden tersebut tahun lalu yang melibatkan pelaku pengintipan siber yang berkaitan dengan China, Storm-0558.

    “Microsoft mempunyai jaringan yang luas dalam rangkaian kerajaan dan infrastruktur kritikal,” kata ahli kongres dan anggota jawatankuasa, Bennie Thompson, kepada Smith semasa sesi pendengaran dimulakan.

    “Ia adalah tanggungjawab bersama untuk mengambil berat isu keselamatan yang dibangkitkan oleh laporan tersebut untuk ditangani dengan segera,” tambahnya.

    Operasi itu, yang pertama kali ditemui oleh Jabatan Negara AS pada Jun 2023, termasuk serangan ke atas peti mel rasmi dan peribadi Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raimondo dan Duta Besar AS ke China, Nicholas Burns. – AFP

    Smith, ketika memberi keterangan mengenai kerja keselamatan siber Microsoft di Capitol Hill di Washington. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia bantu tingkat kesediaan penyakit serantau

    CANBERRA, 21 JUN – Agensi sains kebangsaan Australia akan membantu negara-negara di Pasifik dan Asia Tenggara agar lebih bersedia menghadapi wabak penyakit, umum kerajaan...