Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Microsoft, Google catat keuntungan

    SAN FRANCISCO, 26 JULAI – Syarikat gergasi teknologi, Google dan Microsoft mengumumkan pendapatan yang lebih baik daripada jangkaan, kelmarin, ketika kecerdasan buatan memberikan keterujaan kepada pelabur dan memberi nafas baharu kepada sektor tersebut.

    Memperkenalkan ChatGPT tahun lalu ketika gergasi teknologi itu memulakan rancangan pemecatan besar-besaran dan pengurangan kos, dengan harga saham menjunam selepas melonjak semasa pandemik koronavirus.

    Bagi suku kedua berturut-turut, Microsoft telah mencatatkan keuntungan dan jualan yang melambung ke paras tertinggi dalam tempoh 48 tahun dalam syarikat yang diasaskan bersama oleh Bill Gates.

    Penyata pendapatan melaporkan bahawa keuntungan bersih bagi Microsoft ialah sebanyak AS$20.1 bilion dalam tempoh April hingga Jun, meningkat 20 peratus dari tahun-ke-tahun dan melepasi jangkaan.

    Syarikat itu mencatatkan jualan sebanyak AS$56.2 bilion, yang turut melepasi jangkaan, meskipun pertumbuhan perlahan daripada suku sebelumnya.- AFP

    Logo Microsoft yang dipaparkan di MWC, di Barcelona, 2 Mac 2022.- AFP

     

     

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda