Tuesday, April 30, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Microsoft labur AS$1.5B dalam firma AI di UAE

    DUBAI, 16 APRIL – Microsoft akan melabur AS$1.5 bilion dalam firma kecerdasan buatan (AI) Emiriah Arab Bersatu (UAE), G42, sambil mengambil pegangan minoriti dan tempat duduk dalam lembaga pengarah, kata kedua-dua syarikat hari ini.

    Perjanjian itu, di mana G42 akan menjalankan aplikasi dan perkhidmatannya pada platform Azure milik Microsoft, berlaku beberapa hari selepas gergasi Amerika Syarikat (AS) itu berkata ia akan melabur AS$2.9 bilion dalam AI di Jepun.

    Microsoft telah menjadi pemain utama dalam kemajuan AI melalui perkongsiannya dengan pembuat ChatGPT, OpenAI – mengatasi Apple sebagai syarikat terbesar di dunia dari segi modal pasaran.

    Menurut New York Times dan Bloomberg, pelaburan strategik itu berikutan perbincangan antara kerajaan AS dan UAE, di mana G42 bersetuju untuk menggugurkan kerjasama dengan syarikat China demi teknologi AS.

    “Perkongsian komersial itu disokong oleh jaminan kepada kerajaan AS dan UAE melalui perjanjian mengikat yang pertama seumpamanya untuk menggunakan amalan terbaik bertaraf dunia bagi memastikan pembangunan dan penggunaan AI yang selamat, dipercayai dan bertanggungjawab,” kata Judson Althoff, naib presiden eksekutif dan ketua pegawai komersial Microsoft, dalam satu kenyataan.

    Presiden Microsoft, Brad Smith, yang akan menyertai lembaga pengarah G42, memberitahu Bloomberg bahawa syarikatnya ‘mendapat galakan kuat daripada kerajaan AS untuk meneruskan proses ini’.

    “Ini mencerminkan pengiktirafan oleh kerajaan AS terhadap kepentingan hubungan antara kedua-dua negara dan kepentingan untuk terus menggalakkan syarikat-syarikat yang bertanggungjawab,” katanya. – AFP

    Logo Microsoft dilihat pada Mesyuarat Pemegang Saham Tahunan Microsoft di Bellevue, Washington pada 30 November 2016. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...