Sunday, June 30, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Microsoft langgar peraturan antipersaingan EU

    BRUSSELS, 26 JUN – Microsoft didapati melanggar peraturan antipersaingan Kesatuan Eropah (EU) dengan menggabungkan aplikasi komunikasi Teams dengan suite Office yang popular, menurut kenyataan Suruhanjaya Eropah kelmarin.

    Gergasi teknologi AS itu berjanji akan melakukan apa yang diperlukan bagi menangani isu persaingan.

    Kertas pertuduhan itu keluar selepas Suruhanjaya Eropah, pengawal selia antipersaingan berpengaruh EU, melancarkan siasatan tahun lalu susulan aduan daripada Slack pada 2020.

    Suruhanjaya itu memaklumkan kepada Microsoft mengenai ‘pandangan awal’ bahawa syarikat itu telah ‘melanggar peraturan antipersaingan EU’ dengan menggabungkan Teams dengan suite Office 365 dan Microsoft 365, yang termasuk program Word, Excel dan PowerPoint.

    Microsoft sebelumnya berusaha meredakan kebimbangan EU dengan memisahkan Teams di Eropah sebelum mengembang dasar tersebut ke seluruh dunia pada April.

    EU juga bimbang bahawa Microsoft mungkin mempunyai ‘pengendalian’ terhad antara pesaing Teams dan produknya sendiri, walaupun syarikat itu pada September 2023 memperkenalkan ‘penambahbaikan’ untuk memudahkan pesaing.

    Namun, suruhanjaya berkata perubahan Microsoft tidak mencukupi.

    “Suruhanjaya pada awalnya mendapati perubahan tidak mencukupi untuk menangani isu itu dan lebih banyak perubahan terhadap tindakan Microsoft diperlukan untuk memulihkan persaingan,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...