Wednesday, October 23, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Microsoft perkenal ejen AI baharu

    SAN FRANCISCO, 22 OKT – Microsoft berkata semalam ia telah meningkatkan penawaran kecerdasan buatan (AI) dengan keupayaan ejen autonomi baharu memandangkan gergasi teknologi itu menyasarkan untuk mempercepatkan penggunaan AI dalam perniagaan.

    Ejen AI ialah program khusus yang direka untuk melaksanakan tugas rutin secara autonomi, seperti menapis petunjuk jualan atau mengendalikan pertanyaan perkhidmatan pelanggan.

    Ejen AI telah menjadi kata kunci terbaharu untuk syarikat perisian utama yang melabur berbilion-bilion dalam model AI yang berkuasa, yang dipercayai akan membentuk masa depan pengkomputeran.

    Microsoft telah bertindak pantas dalam mendorong penggunaan teknologi AI generatif dalam aktiviti harian, sebahagian besarnya menggunakan model daripada perkongsian AS$13 bilion dengan OpenAI, pembuat ChatGPT.

    Ejen bertujuan untuk memajukan AI generatif daripada chatbot gaya ChatGPT, yang memerlukan petunjuk manusia, kepada sistem yang boleh beroperasi secara bebas.

    Dalam catatan blog, Microsoft memperkenalkan 10 ejen autonomi untuk platform Copilot AInya, disesuaikan untuk menyokong pasukan jualan, perkhidmatan, kewangan dan rantaian bekalan.

    Ejen berkenaan akan tersedia untuk pratonton awam mulai Disember, dengan pelancaran penuh dirancang pada 2025.

    “Fikirkan ejen sebagai aplikasi baharu untuk dunia yang dikuasakan AI. Setiap organisasi akan mempunyai kumpulan ejen – bermula daripada respons yang mudah kepada autonomi sepenuhnya,” jelas Ketua Pegawai Pemasaran Microsoft, Jared Spataro.

    Syarikat membayangkan ejen ini memudahkan peralihan daripada rutin perniagaan tradisional hari ini kepada tabiat kerja baharu yang didorong dan semakin dijalankan oleh AI. – AFP

    Gambar fail menunjukkan logo Microsoft di Issy-les-Moulineaux, luar Paris, Perancis. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda