Microsoft perkenal konsol Xbox baharu

LOS ANGELES, 10 JUN – Microsoft semalam memberikan dunia satu pengenalan sepintas lalu konsol permainan Xbox generasi akan datang yang dihasrat dilancarnya pada akhir tahun depan.

Ketua Xbox Phil Spencer memperkenalkan ‘Projek Scarlett,’ ciptaan pengganti Xbox One yang akan memberikan pengeluar permainan ‘kuasa yang diperlukan oleh mereka untuk menghidupkan wawasan kreatif mereka.’

Pelan harga untuk konsol baharu itu tidak didedahkan pada acara gala sebelum pembukaan perhimpunan industri permainan video Ekspo Hiburan Elektronik (E3).

Xbox baharu dipercayai dilancarkan tepat pada masanya untuk musim membeli-belah cuti Krismas pada 2020.

“Bagi kami, konsol adalah penting untuk pengalaman kami,” kata Spencer ketka acara media yang memaparkan 60 permainan baharu untuk Xbox.

Xbox bersaing dalam arena permainan konsol dengan Sony, yang sedang mengusahakan PlayStation generasi baharu.

Xbox berkata pada acara E3 bahawa ia menambah keupayaan pemain untuk ‘stream’ permainan dalam koleksi mereka untuk bermain pada peranti dengan langganan Game Pass.

“Kami akan membawa Xbox dalam ‘cloud’ dengan Projek itu serta ‘streaming’ konsol,” kata Spencer.

“Di mana anda bermain menjadi pilihan anda, anda yang memutuskan.” – AFP

Ketua Perkongsian dan Pembangunan Permainan Global, Sarah Bond bercakap pada Taklimat Xbox E3 2019 di Microsoft Theater pada 9 Jun 2019 di Los Angeles. – AP