Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Microsoft perkukuh teknologi digital di Ukraine

    LISBON, 4 NOV – Microsoft akan memberikan Ukraine AS$100 juta tambahan untuk memperkukuh ‘teknologi digital’ bertujuan melindungi negara itu, kata naib pengerusi firma itu semalam.

    Brad Smith berkata Ukraine boleh menggunakan perkhidmatan awan dan pusat data Microsoft di seluruh Eropah sepanjang 2023.

    Beliau memberitahu wartawan mengenai isu sampingan mesyuarat teknologi tahunan Web Summit di Lisbon bahawa komitmen keseluruhan Microsoft kepada Ukraine kini berjumlah AS$400 juta. Ukraine telah meletakkan teknologi di tengah usaha peperangannya, menekankan kepentingan keselamatan siber dan perkhidmatan dalam talian daripada sektor pendidikan kepada kesihatan.

    “Sebahagian daripada peperangan ini telah menunjukkan bahawa kita perlu memindah perkhidmatan kepada awan ketika perang untuk menjamin keselamatan mereka,” kata Smith. Beliau berkata komitmen baharu itu ‘membolehkan kerajaan dan perniagaan lain di Ukraine meneruskan perkhidmatan untuk rakyat Ukraine.’ – AFP

    Brad Smith menyampaikan ucapan pada persidangan teknologi terbesar Eropah, Web Summit di Lisbon pada 3 November 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...