Saturday, April 12, 2025
31.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Microsoft tamatkan perkhidmatan Skype Mei ini

    SAN FRANCISCO, 2 MAC – Microsoft mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan Skype pada Mei nanti, dengan sebahagian fungsinya akan dipindahkan ke Microsoft Teams. Langkah itu menandakan penutupan perkhidmatan panggilan video yang dibeli Microsoft dengan harga $8.5 bilion pada 2011, sekali gus menyatukan ekosistem komunikasi syarikat teknologi itu.

    Pengguna Skype masih boleh menggunakan akaun sedia ada untuk log masuk ke Teams, yang kini menjadi platform utama Microsoft dalam bidang panggilan video dan kolaborasi pasukan.

    Skype yang diasaskan pada tahun 2003 oleh sekumpulan jurutera di Tallinn, Estonia, merupakan pelopor dalam penggunaan teknologi Voice over Internet Protocol (VOIP) untuk membuat panggilan telefon menggunakan internet berbanding talian tetap.

    Gambar menunjukkan ikon untuk aplikasi Skype Microsoft pada telefon pintar di New York. – AP

    Teknologi itu juga mengubah audio menjadi isyarat digital yang dihantar melalui talian internet. Skype menambah ciri panggilan video selepas peruncit dalam talian eBay membeli perkhidmatan itu pada tahun 2005.

    Pakar pengurusan dari Universiti Northeastern, Barbara Larson, menyifatkan Skype sebagai revolusi dalam komunikasi digital. “Ia membolehkan sesiapa sahaja membuat panggilan video berkualiti tinggi, tanpa perlu bergantung kepada syarikat besar,” katanya.

    Bagi banyak syarikat permulaan serta individu di seluruh dunia, Skype menawarkan panggilan jarak jauh yang lebih murah dan mudah. Namun, seperti platform lain, ia turut menjadi sasaran penipuan dalam talian.

    “Sekarang, awda boleh membuat panggilan panjang dan kerap, yang mana percuma atau sangat murah,” kata Larson. Seperti platform lain, penipu juga memanfaatkan perkhidmatan ini. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda