Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Microsoft umum pelaburan AS$10 bilion bagi Pusat Data AI di Portugal

    LISBON, 12 NOV – Microsoft kelmarin mengumumkan rancangan untuk melabur AS$10 bilion bermula awal tahun depan bagi membangunkan pusat data mega di Portugal yang dikhususkan untuk infrastruktur kecerdasan buatan (AI).

    Projek tersebut dilaksanakan bersama syarikat Britain, Nscale, pakar dalam pembinaan pusat data A, serta Start Campus, yang kini sedang membina pusat data utama berhampiran pelabuhan selatan Sines. Melalui kerjasama ini, Microsoft akan memasang sebanyak 12,600 cip generasi terkini keluaran Nvidia.

    Dalam kenyataannya, Microsoft menyifatkan projek itu sebagai “antara pelaburan terbesar dalam kapasiti pengkomputeran AI di Eropah.”

    Dalam temu bual bersama akhbar perniagaan Portugis Jornal de Negocios, Presiden Microsoft, Brad Smith, berkata Portugal kini muncul sebagai destinasi utama di Eropah untuk pembinaan dan pelaburan pusat data.

    Smith kini berada di Lisbon sempena Sidang Kemuncak Web (Web Summit), acara tahunan utama dalam dunia teknologi yang sering digelar “Davos untuk golongan teknokrat.”

    Selain pusat data yang dikuasakan tenaga boleh diperbaharui, tapak di Sines juga mempunyai kelebihan strategik kerana menjadi titik sambungan utama bagi kabel telekomunikasi dasar laut yang menghubungkan benua Amerika dengan Eropah.

    “Permintaan dalam bidang AI, khususnya dalam tempoh lima bulan kebelakangan ini, menjadi sangat luar biasa,” kata Pengarah Produk Nscale, Daniel Bathurst, kepada AFP.

    Bagi pemain utama seperti Microsoft, katanya lagi, “ini adalah perlumbaan melawan masa.”

    “Kami mempunyai kepakaran, kami mempunyai akses kepada sumber tenaga, dan kami mampu melaksanakan projek ini tepat pada waktunya,” tambah beliau dalam temu bual di luar sidang Web Summit itu. – AFP

    Brad Smith, Presiden dan Naib Pengerusi Microsoft, berada di Pentas Utama semasa hari pertama Sidang Kemuncak Web 2025 di Arena MEO, Lisbon, Portugal, pada 11 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda